
Anonymous
6 tahun
Cara baca tekanan darah tinggi
Saya wanita berusia 51 tahun. Saya sering kali memeriksa tekanan darah saya sendiri di rumah tetapi saya tidak berapa faham untuk membaca keputusan nya. Contohnya 141/78/89 saya tidak faham 141 tu apa 78 tu apa dan 89 tu apa.?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terdapat beberapa perkara yang perlu saya sentuh untuk menjawab soalan anda.
Bacaan Tekanan Darah 141/78/89 yang anda nyatakan adalah:
- Tekanan darah sistolik: Kekuatan daya tekanan darah dalam saluranapabila jantung berdegup. - 141
- Tekanan darah diastolik: Kekuatan tekanan yang ada di antara denyutan jantung. - 78
- bacaan nadi/degupan jantung - 89
Dari bacaan tekanan darah tinggi anda, nilai 141/78 adalah tidak normal. Bacaan normal bagi seorang manusia dewasa adalah 120/90. Namun begitu, satu nilai bacaan tekanan darah yang tidak normal tidak cukup untuk menyimpulkan bahawa seseorang itu menghidap darah tinggi. Oleh itu, anda disarankan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Sekiranya anda dipastikan menghidap darah tinggi, anda perlu mengambil ubat untuk menurunkan tekanan darah anda. Ubat ini tidak perlu dimakan seumur hidup, sekiranya tekanan darah anda telah berjaya dikawal dalam satu tempoh yang ditetapkan doktor, anda tidak lagi perlu mengambilnya. Selain ubat, dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang serta menjauhi rokok adalah cara yang terbaik untuk mengubati masalah ini.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.