Sulit
6 tahun
Cara cuci ulser kemaluan
Saya telah mengalami ulser dikemaluan, dan telah berjumpa doktor.
Tapi ianya sakit sekali saat saya ingin buabg air kecil… panas dan pedih…
Puncanya saya mengalami bengkak di clitoris 4hr lepas…suami telah ke tokoh farmasi mereka telah beri spray untuk mencepatkan kesembuhan… malah setelah 2 jam saya guna terus ulser keluar dgn bnyak…
Saya cuma ingin tahu bagaimana cara yg betul untuk cuci kemaluan yg ada ulser…soalnya sakit sekali bibir kemaluan bengkak dan didalamnya mempunyai ulcer yg teruk saat ingin mencuci bahagian itu saya tidak dapat menahan kesakitannya… saya takut ianya lambat sembuh dan perlukan advice dr doctor bagaimana caranya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkak pada kawasan kemaluan anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) seperti Bartholian cyst
- Jangkitan kuman beserta bengkak
- Jangkitan kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika ada melakukan hubungan seks
- Batu karang dalam saluran kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































