Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Cara mencegah keloid yang akan tumbuh pada bahagian keloid yang dibuang secara sendiri di muka

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 23, 2020 2:02 AM

Sulit 28 hari

Saya lelaki berusia 24tahun. Masalah saya, saya mempunyai keloid di bahagian jaw dimuka sejak 4 tahun yg lalu akibat jerawat. Saya sudah beberapa kali membuat suntikan steroid di bahagian keloid ini. Malah keloid ini tidak mengecil tapi membesar. Jadi, saya meminta Dr untuk membuat pembedahan di bahagian ini tapi tidak mendapat sebarang respon utk pembedahan akan dijalanakan. Jadi saya mengambil langkah sendiri untuk membuang keloid ini tanpa suntikan bius dan saya nampaknya seperti berjaya. Jadi saya nak tanya kepada Dr, bagaimana saya untuk mencegah keloid ini drpad muncul kembali. Adakah saya perlu mendapat nasihat ahli pakar perubatan di klinik yang berdekatan di rumah saya dan meminta untuk dibersihkan luka ini secara berkala atau bagaimana cara yang sewajarnya saya lakukan untuk menghalang keloid ini drpd muncul kembali. Makanan apa yang saya harus ambil untuk menyembuhkan luka ini dengan cepat. Terima kasih.

Dr Sri Viknarajan 28 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, anda diminta untuk berjumpa dengan doktor bagi membersihkan luka setelah membuang keloid dengan sendiri untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Dari segi makanan, anda hanya perlu memakan berpandukan pemakanan seimbang dan berkhasiat. Anda tidak perlu risau tentang pencegahan keloid kerana anda boleh menggunakan jel silikone untuk mencegah keloid daripada muncul kembali.

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul

Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).

Dikemaskini pada: Wed Sep 23 2020 02:02:09 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kulit tentang penyakit kulit secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Kudis bernanah n berdarah Masalah kulit…anak saya ada kudis…tp dah berjangkit pd adk…ubat ape yg elok yer doc Baca lagi...
14 hari
Sulit
Kulit purging atau breakout? Saya berumur 23 tahun. Saya Mengalami masalah jerawat kecil dan bernanah. Sebelum ni saya memakai skincare bio essence. Tapi keadaan semakin teruk kemudian saya hentikan penggunaan. Seterusnya s… Baca lagi...
17 jam
Sulit
Kurap di bahagian sensitif( Ringworm) Hai Doktor, saya ingin bertanya saya sudah 4 bulan ada kurap di bhgian peha berdekatan alat sensitif saya, saya sudh menggunakan econazine, krim dan pil dari farmasi, rawatan tradisional spt kun… Baca lagi...
13 hari
Sulit
Kegatalan pada kemaluan dan jerawat Hello doktor, saya nak tanya, saya seorang pemuda berusia 23 tahun. Saya mengalami masalah kegatalan pada kemaluan saya. Pada mulanya keadaannya menjadi kering dan bersisik. Kadang-kadang ia men… Baca lagi...
20 hari
Sulit
Gatal kulit berwarna merah berlarutan selama setahun Salam sejahtera doktor. Pertanyaan untuk masalah yang dihidapi oleh mak saya yg berumur 57 tahun. Beliau mempunyai masalah gatal pada kulit. Gatal tersebut berwarna merah. Gatal ni telah berlaru… Baca lagi...
17 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!