
norhamizahothman
4 tahun
Cara mengambil PIL AFTER MORNING utk ibu yg FULLY BREASTFEED dan apa kesan kpd bayi?
Sy menggunakan kondom sbg kaedah perancang keluarg tapi malangnya kondom bocor. Boleh ke sy amik pil after morning semasa menyusu? Sy ingin tahu cara makan pil after morning yg betul supaya sy dpt menyusu anak seperti biasa.

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Untuk makluman anda, morning after pill yang sering dikaitkan di Malaysia adalah sebuah pil perancang kecemasan. Iaitu sebuah pil yang mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Umumnya zat-zat dari pil ini boleh memasuki saluran air susu ibu, sehingga ia boleh ditelan pada anak bayi yang masih menyusu. Oleh itu pil ini tidak boleh diberikan waktu hamil mahupun ibu yang masih breastfeeding.
Sebagai kesimpulan, antara kontraindikasi (baca: syarat-syarat tidak boleh menggunakan) pil perancang kecemasan adalah:
- Kehamilan
- Masih menyusu anak bayi
- Terdapat perdarahan kelamin (baca: istihadah)
- Gangguan organ hati
- Sejarah alahan pada ubat
- Telah melakukan hubungan seks melebihi 72 jam sebelumnya
Justeru untuk mengetahui langkah apa yang sesuai untuk diambil pada waktu ini, anda boleh mendapatkan bantuan secara langsung di klinik atau hospital yang terdekat. Atau anda juga boleh mendapatkan yang lebih komprehensif (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).