
azizahadib
2 tahun
Cara mengelak keputihan dengan amalkan jamu kurus
Saya azizah Adib’s, 34 thn baru2 ini saya ada mengambil jamu kurus di mana selepas saya amalkan beberapa hari, saya mengalami keputihan berbau. Saya sudahpun berjumpa doc keputihan saya sudah di ambil sample utk mendapatkan kondisi sebenar. Dan saya di beri 2 jenis ubat antibiotics untuk selama 6 hari dan tidak digalakkan bersama suami sepanjang tempoh penganbilan ubat dan doctor juga ada ‘insert’ ubat antiseptic.
Sekarang saya sudah pulih sepenuhnya. Esok adalah hari ke-6 saya perlu abiskan antibiotics.
Masalah saya sekarang, saya nekad mahu teruskan pengambilan jamu tersebut kerana ianya menyekat selera makan saya juga utk proses pengurangan badan juga (perlu di ambik 2 biji setiap hari sengan perut kosong). Boley doctor di sini bantu saya cara untuk saya teruskan mengambil jamu tersebut dan sekaligus saya tidak mahu di jangkiti keputihan berbau lagi.
Doctor yang merawat saya cuma memaklumkan bahawa,stop pengambilan jamu jika tidak mahu berjumpanya dengan masalah yang sama.
Sekian.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda disarankan untuk mengikut nasihat doktor untuk menghentikan pengambilan jamu. Efek pengambilan jamu masih belum diketahui dalam bidang sains kerana kurangnya penyelidikan untuk membuktikan kebaikan dan keburukan pengambilan jamu.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.