juliana

5 tahun

Cara sembuh hep c tanpa ubatan berpanjangan?

Hai Dr. , apakah cara sembuh hep c tanpa ubatan berpanjangan?

Selamat petang! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Jangkitan hepatitis C adalah sukar untuk disembuhkan dengan sendiri tanpa rawatan.

Rawatan yang paling berkesan untuk hepatitis C ialah gabungan beberapa jenis ubat antivirus yang harus diambil setiap hari untuk 12 hingga 24 minggu bergantung kepada jenis jangkitan dan kondisi badan pesakit.

Untuk masa sekarang, tiada rawatan yang telah dibuktikan untuk menyembuhkan hepatitis C dalam masa yang pendek.Hepatitis C yang tidak dirawat dengan sepenuhnya boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi serius seperti kegagalan organ hati dan barah hati.

Ubat-ubatan antivirus ini harus diambil seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika pesakit tidak mematuhi nasihat pengambilan ubat, maka rawatan antivirus ini akan menjadi kurang berkesan.

Selain daripada ubat-ubatan antivirus, tiada rawatan lain yang boleh menyembuhkan hepatitis C. Rawatan alternatif dan rawatan tradisional bukan sahaja tidak berupaya menyembuhkan hepatitis C malah ia boleh memudaratkan lagi kesihatan pesakit.

Anda digalakkan untuk mematuhi pelan rawatan antivirus sehingga anda disahkan sembuh dari hepatitis C.

Dr Ilias Yee,

5 tahun

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Buat masa ini tiada rawatan jangka pendek tersedia untuk penyakit ini. Ubat anti-viral perlu diambil dalam purata masa selama 12 minggu, bergantung pada kondisi pesakit.

Pilihan ubat dan masa rawatan bergantung kepada genotip hepatitis C, kerosakan hati pesakit, keadaan pesakit dan rawatan terdahulu.

Ubat anti-viral seperti lamivudine (Epivir), adefovir (Hepsera), telbivudine (Tyzeka) and entecavir (Baraclude) digunakan untuk merawat jangkitan ini untuk masa sekarang.

Sekiranya, penyakit ini tidak boleh dirawat melalui kaedah ubat- ubatan, maka pesakit haruslah menjalani pembedahan pemindahan hati(liver transplant).

Manakala pemindahan hati sahaja tidak boleh menyembuhkan hepatitis C. Jangkitan ini mungkin kembali dan memerlukan rawatan ubat antivirus untuk mengelakkan kerosakan pada hati yang dipindahkan.

Walaupun tidak ada vaksin untuk hepatitis C, doktor anda mungkin mengesyorkan agar anda menerima vaksin hepatitis A dan B.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)