Sulit
4 tahun
Cecair kuning dari vagina dan rawatan
Saya wanita berusia 30tahun dan minggu lepas saya dapati terdapat cecair kuning keluar dari faraj saya. Ada masa ia berbau ada masa tidak. Kadang kala terasa burning sensation ketika menbuang air tetapi kadang kala tiada. Kadang kala jugak terasa abdominal pain. Saya sudah pergi ke clinic berhampiran dan doctor telah memberikan saya ubat Clotrimazole Vaginal untuk di masukkan ke dalam faraj selama tiga hari setiap malam. Cecair kuning berkurang tetapi kadang kala menjadi cecair putih pekat dan kadang kala kuning. Jadi saya pergi kembali ke clinic tersebut dan mereka memberikan saya ubat yg sama untuk pantauan. Boleh saya tahu berapa lama saya perlu ambil ubat ini atau jika masih ada lagi cecair kuning, saya perlu pergi ke clinic tersebut? Jika masih tiada perubahan, apakah langkah seterusnya? Adakah saya perlu masuk hospital?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penggunaan ubat ini untuk jangka masa pendek boleh digunakan sehingga 14 hari. Sekiranya anda kerap mengalami jangkitan pada faraj anda, penggunaan ubat ini boleh dipanjangkan mengikut nasihat doktor anda. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk meneruskan penggunaan ubat yang diberikan sekurang-kurangnya sehingga 14 hari dan jika tiada perubahan positif, maka anda boleh berbincang semula dengan doktor anda bagi langkah yang seterusnya. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.