
Sulit
4 tahun
Cecair putih keluar setelah bersama
1) saya wanita berumur 28 tahun. Beberapa hari lepas saya bersama dgn suami tapi selepas tu saya kerap keluar cecair putih (bukan keputihan tapi seperti air) tidak kira masa(Tengah duduk, berjalan, berdiri, baring) selama 4 Hari berturut sampai harini.
Note: waktu bersama Hanya sampai paras kepala/ separuh zakar kerana saya masih belum pecah dara.
- Boleh saya dapatkan tips utk mengurangkan kesakitan sewaktu proses pecah dara? Tak Kisah dari side suami/ isteri
Mohon pencerahan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Air mani yang berlebihan daripada hubungan intim
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Anda perlu memerhatikan cecair tersebut sama ada berbau busuk atau ianya menyebabkan kegatalan di bahagian sulit. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Sakit ketika melakukan hubungan seks boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- servikal ektropion
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.