
Sulit
4 tahun
Celah kangkang menjadi hitam dan gatal
Hai doc . Sorry for asking privacy question here . but i have to know . Normal Ke tiba tiba celah kangkang saya jadi hitam dan Bahagian private part saya tiba tiba gatal 2 3 hari nie . adakah saya pregnant atau masalah hormon ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan puncanya kerana pemeriksaan lanjut perlu dilakukan terhadap anda dan maklumat lanjut perlu diperolehi terlebih dahulu.
Terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan masalah yang dialami oleh anda, seperti:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Ekzema
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus pada bahagian kemaluan atau kulit
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.