Sulit
3 tahun
Cepat rasa sebu dan mual selepas minum air masak
Saya wanita berusia 23 tahun dan mengalami gastrik yg teruk 3 minggu lepas. Maka saya mula amalkan minum air 30 minit sebelum dan selepas makan untuk mengelakkan GERD. dan juga kunyah dengan betul untuk mengelakkan tidak hadam. Namun setiap kali minum air putih mengikut waktu tersebut saya murah merasa mual dan sebu. Dan badan saya mempunyai simptom anemia; pucat, cepat berasa sejuk, kadang-kadang pusing
Saya ada membaca bahawa anemia boleh berlaku jika perut tidak dapat menyerap zat besi dengan betul (masalah pada perut). Malah bulan lepas saya tidak datang haid sedangkan haid saya sebelum ini teratur. Saya merasa kemungkinan anemia adalah salah satu puncanya.
Sebu selepas minum air masak adalah simptom untuk anemia ke?
Saya bercadang mengambil asid folik 5mg setiap hari untuk membantu tambah darah. Saya belum berkahwin dan adakah ianya memberi kesan sampingan kepada saya?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah mual selepas minum air masak. Untuk makluman pihak anda, masalah mual ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada perut
- Ibu mengandung
- Migrain
- Keradangan otak, hati ataupun paru-paru
- Komplikasi sakit kencing manis
Mual bukanlah simptom yang seringkali dialami oleh pesakit anemia. Selain itu, pengambilan asid folik sedikithanya membantu pesakit yang mengalami masalah kurang asid folik. Oleh hal yang demikian, punca untuk sakit anemia ini perlu dikenalpasti agar rawatan serta ubat yang sesuai dapat diberikan. Antara punca masalah anemia adalah seperti berikut:
- Kekurangan asid folik
- Kekurangan iron ataupun vitamin B12 dalam badan
- Pendarahan
- Sakit Talasemia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.