
Anonymous
6 tahun
Cepat terangsang & cepat pancut
Saya fadil berusia 30 tahun… Saya mempunyai masalah zakar kerap teransang, mengeluarkan air mazi yang banyak ketika terangsang dan cepat pancut tidak sampai satu minit dan dengan hanya satu sentuhan saya sudah pancut…Boleh doktor terangkan punca-punca terjadinya masalah ini dan ada atau tidak rawatan yang boleh saya ambil untuk merawat masalah saya ini… Untuk pengetahuan doktor saya mengalami masalah ini sejak saya berusia 20 tahun tetapi saya malu untuk berjumpa dengan doktor… Saya sebenarnya sudah tiga kali membatalkan hasrat saya untuk berkahwin disebabkan masalah saya ini kerana saya tidak mahu malu dan mengecewakan bakal isteri saya nanti…Tetapi sekarang ini saya rasa saya tidak boleh berdiam diri lagi dan perlu meminta nasihat dari doktor untuk menyelesaikan masalah saya ini…Saya harap doktor boleh bantu saya untuk menyelesaikan masalah saya ini…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Masalah ejakulasi pramatang adalah salah satu masalah kesihatan yang dialami dalam kalangan lelaki berumur kurang 40 tahun. Kebanyakan penghidap masalah ini adalah disebabkan faktor psikologi atau emosi dan bukan berkaitan dengan masalah kesihatan tubuh atau organ seksual itu sendiri.
Antara faktor lain ialah panik, gugup, obesiti, gaya hidup tidak aktif, merokok, dan lain2.
Terdapat beberapa cara encik boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang seperti:
- kurangkan kekerapan masturbasi
- tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana kitaran ini akan berterusan.
- amalkan gaya hidup sihat
Untuk rawatan dengan pil atau ubatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!