
Sulit
5 tahun
Check upt sebelum delay period
Saya wanita berumur 29 tahun … saya telah berkahwin setahun 6 bulan … pada hari 25/8 yg lepas , saya ada check pregnant menggunakan upt dan resultnya double line sangat terang… pada hari yang sama saya beli lagi upt yang baru dan keputusannya masih sama … line yang sangat terang… kalau ikutkan 29/8 ni adalah tarikh period saya… soalan sy valid tak keputusan upt ni?? Bila kah sy boleh scan di klinik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Justeru, anda boleh langsung melakukan pemeriksaan scan di klinik untuk melihat perkembangan kandungan anda.
Seandainya terdapat keraguan tambahan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.