adchannel0108
6 tahun
Cirit birit berpanjangn Yg lama
Kawan saya selalu makan pedas(penggermar pedas).Then dia mengalami cirit birit bila makan pada kadar tertentu(apa apa makanan) dan terdapat air dalam Najis dia.
Makanan pedas tu spt McD 3x spicy chicken dan magi pedas spt ramen dan sbgainya.doktor boleh kenal pasti apa sakitnya and sarankan tindakan yg perlu diambil
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kawan anda kemungkinan mengalami sakit gastrik. Faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan atau memudaratkan penyakit gastrik kronik ini adalah seperti:
- Merokok
- Usia yang lanjut
- Stres yang berlebihan
- Keturunan keluarga
- Sering mengambil makanan yang pedas
- Pengambilan kopi dan teh yang berlebihan
- Masalah kesihatan lain seperti penyakit Crohn,jangkitan parasit HIV serta jangkitan parasit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.






























