Sulit
5 tahun
Compress menstrual flow
Saya nak pegi umrah 5-16 march. Period sy akan due pd 1 march. Dan biasa berlangsung hingga 11 hari.
Mohon pandangan doktor tentang ubat yang sesuai dan cara pengambilannya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, terdapat beberapa cara untuk mennghentikan haid untuk sementara. Antaranya :
- pengambilan pil perancang secara berterusan - pil aktif diambil secara berterusan dengan mengabaikan pil tidak aktif atau hari rehat. Dengan ini, tahap hormon estrogen dan progesteron anda dikekalkan untuk mengelakkan anda daripada datang haid.
- mengambil suntikan perancang- Suntikan ini berkesan untuk 3 bulan. Dalam jangka masa itu, anda biasanya tidak akan datang haid sehingga kesan ubat ini hilang.
Untuk makluman anda, kaedah ini tidak menjamin sepenuhnya anda tidak akan datang haid kerana potensi untuk pendarahan atau breakthrough bleeding masih ada. Sebaiknya, anda merujuk kepada doktor supaya sejarah kesihatan yang lain boleh diambil kira sebelum memulakan pil perancang atau mengambil suntikan perancang.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini(DoctorOnCall EPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































