Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Dada besar macam perempuan

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Ogos 26, 2019 1:31 AM

ibn.sukri 11 bulan

Hi Dr…Saya pemuda berusia 27tahun…Saya mempunyai masalah dimana buah dada saya kelihatan macam perempuan…Benda ni sgt menggangu keyakinan saya apabila membuka baju dikhalayak ramai…Apa perlu saya buat? Ada ke rawatan utk masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 11 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala dada lelaki besar seperti perempuan memerlukan maklumat tambahan serta pemeriksaan bagi mengenalpasti punca sebenarnya. Namun terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan gejala ini berlaku seperti:

  • Obesiti - lemak banyak terkumpul di dada
  • Masalah hati - kegagalan hati kronik akibat penyakit hepatitis atau faktor lain
  • Masalah kurang testosteron - kurang penghasilan dari testis
  • Kesan ubat seperti ubat darah tinggi

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Aug 26 2019 01:31:56 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Kesihatan Am dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Masalah berdarah dibahagian belakang bibir , tisu pipi , bawah lidah dan hujung lidah Saya wanita berumur 19tahun, saya ingin tahu kenala bahagian dalam mulut saya berdarah ? Nak cakap kurang minum air , air liur saya pon byk dalam mulut Baca lagi...
27 hari
Sulit
Perlhkan Pendapat tentanngsusu omega plus apa pendapat Dr tentang susu omega plus yang dikatakan dapat mengurangkan/menurunkan kolestrol,adakah betul? terima kasih. Baca lagi...
5 hari
ajinkhalid
Sakit rahang sebelah kiri Saya lelaki berumur 30 tahun dan sudah kahwin. Beberapa hari lepas, saya terasa sakit di rahang sebelah kiri saya sehingga saya sukar untuk makan dan buka mulut dengan luas. Saya ada terbaca hal ini m… Baca lagi...
33 hari
Sulit
Lendiran/air mani melekat pada dinding faraj saya wanita umur 19. saya telah bersetubuh dengan suami saya 2 hari sebelum kitaran haid berlaku. saya telah merekod kitaran haid saya selama 2 bulan, sepatutnya saya datang haid pada 30/7 untuk… Baca lagi...
15 jam
Sulit
Adakah tanda menopause? Salam doc, Saya wanita berumur 34thn.Kahwin lewat hujung tahun lepas.Pernah di operate kerana cyst sebelum ni.Selepas operate kitaran haid saya jadi tidak teratur.Adakah ia berkaitan? Saya jug… Baca lagi...
5 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi