
Sulit
4 tahun
Dada kanan tenggelam sikit . Saya tak pasti ni dada atau apa tapi kat tgh pastuh dia tak melengkung mcm yg kiri
Saya nak tanya kenapa dada kanan saya mcm tenggelam ? Tapi bila saya pergi hospital doctor kata its normal . Doctor cuma pegang dan rasa tak buat xray apa pun. Kdg memang ada yg tenggelam but kawan kawan saya tak pun . Bila saya suruh kawan saya pegang , diorang pun rasa mcm dada kanan saya tenggelam. Adakah itu perkara biasa ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ini. Namun, bagi memberikan jawapan yang dikehendaki, pemeriksaan fizikal perlu dilakukan untuk mengenal pasti keadaan/kondisi dada anda. Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti struktur tulang dada, komposisi lemak dan faktor anxiety . Kami juga tidak menolak kemungkinan terhadap faktor kesihatan yang lain. Jika perkara ini tidak ditambah dengan masalah lain seperti sakit dada, sesak nafas dan jantung berdebar-debar, ianya bukanlah perkara membimbangkan. Akan tetapi, jika sebaliknya, atau anda mengalami simptom lain yang mengganggu aktiviti harian anda, anda dinasihatkan agar merujuk perkara ini lebih lajut kepada doktor. Pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi