
Sulit
3 tahun
Dada terasa seperti Ada light pressure
Hai Dr… saya merupakan seorang student yg berusia 20 tahun Dan saya menerima 2nd dose vaksin sinovac pada 15/7 tapi kadang2 dada saya Rasa seperti ade light pressure Dan seperti ditekan adakah ini disebab Kan stress, overthinking Dan penat saya sebagai pelajar ataupun ini kesian drpd vaksin disebabkan masalah ini saya sering overthinking tentang kesihatan saya?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian dada. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejalan anda. Antaranya:
- Keradangan tulang rusuk - akibat jangkitan kuman atau kecederaan
- Masalah kekejangan otot dada - akibat postur tidak kondusif, kecederaan
- Kekejangan esofagus (“oesophageal spasm”)
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Anemia - kurang sel darah merah
- Asma atau keresahan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.