Sulit
3 tahun
Daging keluar dari kemaluan
Saya wanita 20 an sy sedang haid . pada hari pertama ada keluar daging agak besar seperti kulit ayam di kemaluan saya.adakah ianya bahaya ??
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Sejujurnya untuk mengetahui kondisi sebenar kesihatan kelamin anda, ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif dan berkala. Secara umumnya, gejala yang anda alami boleh berpunca dari:
- Polip kelamin
- Trauma lama/kronik
- Gangguan kelenjar bartholini
- Fibroma / lipoma / leiomyoma
- Tumor atau neoplasma yang lain
Atau ia juga boleh disebabkan oleh gangguan kulit seperti:
- Pertumbuhan kulit yang jinak
- Jangkitan Human Papilloma Virus
- Kadar insulin atau kolagen yang tinggi dalam tubuh
- Tanda-tanda dari gangguan diabetes
- Iritasi, geseran atau lipatan antara kulit
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, dan agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, kami menasihatkan agar anda tetap mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.