Sulit
2 tahun
Darah berketul time period
saya umur 18 em dah alami darah berketul em time period agak bnyk tpi selalu keluar dalam 2 or 3 hari darah ketul tu. ada tak cara nk atasi n rawat trsbut, dan ade tak cara nk naikkan darah sye balik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu darah haid berketul. Untuk makluman pihak anda, masalah haid berketul ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut bagi menjawab kekeliruan serta kerisauan anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.