
Sulit
4 tahun
Darah berwarna gelap selepas pantang
Hello doktor. Adakah normal sekiranya datang haid selepas 5 ke 6 minggu bersalin. Darah nifas sudah kering pada minggu ke 4, hanya keluar lendir yang sedikit kuning selepas minggu ke-4. Dalam minggu ke-5 saya dapati ada darah seperti haid turun dan rasa sakit sedikit seperti senggugut. Semasa turun darah nifas, tiada rasa sakit. Darah berwarna merah gelap. Adakah darah yang turun itu darah haid? Saya masih menyusukan anak secara susu badan.

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang darah keluar selepas 6 minggu bersalin.
Kedatangan haid selepas melahirkan anak adalah normal dalam tempoh 5-6 minggu.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Darah berwarna merah gelap adalah normal. Namun jika anda mempunyai simptom-simptom ini, anda perlu segera berjumpa dengan doktor:
- tekanan darah rendah
- degupan jantung menjadi laju
- kurang kencing dan kuantiti yang sedikit
- pengsan
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.