
norrishaizwani98
6 tahun
Darah datang sedikit
Saya wanita 21 . Saya mengalami period yang datang sedikit selepas memakai perancang implan. Normal atau tidak ? Bilakah darah akan berhenti. Bolehkah saya solat@berpuasa

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah kitaran haid tidak teratur dan berkemungkinan besar adalah disebabkan oleh pengambilan perancang keluarga.
Untuk makluman anda, pengambilan perancang keluarga akan menyebabkan kitaran haid berubah dan haid anda akan mengambil masa untuk kembali kepada kitaran yang biasa. Selain itu, berat badan anda akan bertambah disebabkan faktor hormone dalam badan anda.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.