Sulit
2 tahun
Darah Difaraj Tidak Berhenti Dan Berbau..Cara Mengatasi Dan Rawatan Apa Yang Perlu Diambil Dan Sebab² Masalah Ini Berlaku?
Saya Wanita Umur 40an Dan Mengalami Pendarahan Difaraj Dan Tidak Berhenti Lebih Dari 1 Bulan Serta Berbau…Tidak Ada Rasa Sebarang Sakit Di Bahagian Mana²…Apa Punca Dan Sebab Dan Cara Mengatasi/Rawatan Apa Yang perlu Saya Ambil
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan hormon
- Tekanan emosi atau stress
- Fibroid dalam rahim
- Policystic Ovary Syndrome
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.