
Anonymous
5 tahun
Darah haid berketul-ketul
Saya wanita berusia 37tahun, saya risau apabila datang haid darah keluar ketul2 merah pekat. Bermula 13/06/2019 hingga hari ini 26/06/2019. Darah bukan makin kurang malah makin banyak. Saya tidak berasa sakit di mana2 bahagian tubuh cuma merasa cepat penat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan/cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Masalah cepat penat yang dialami juga mungkin disebabkan oleh kekurangan darah akibat dari haid berlebihan itu sendiri.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.