Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Darah haid cair dan keputihan berbau

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 19, 2020 6:59 AM

Sulit 6 hari

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Doc sy berumur 24 thun dn belum berkahwin.Sy nk tnya normal ke kalau darah haid sy kluar cair dn xpekat mcm biasa?Dh 2,3 bulan sy hadapi masalah ni. Lgi satu doc sy pon ada masalah keputihan yg teruk, cecair berwarna kuning dn berbau adakah ianya berkait rapat dgn msalah haid sy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 6 hari
General Practitioner

Waalaikumsalam, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda alami ketika ini.

Ia adalah normal untuk mengalami darah haid yang cair. Ia bermaksud pendarahan yang baru berbanding darah yang pekat dan berketul di mana darah tersebut ialah darah yang lama.

Untuk keputihan pula, anda boleh klik di sini untuk mengetagui puncanya. Keputihan boleh terbahagi kepada dua kumpulan iaitu fisiologikal (normal) ataupun patologikal (tidak normal).

Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.

Keputihan yang normal atau fisiologi

  • Keputihan ini dapat dilihat dalam wanita yang sedang subur ataupun sebelum datang haid. Kebiasaannya ia berwarna putih atau krim dan kadangkala berlendir.

Keputihan yang tidak normal atau patologik:

  • Keputihan ini kebiasaannya menandakan seseorang mempunyai masalah kesihatan. Ia berwarna kekuningan ataupun hijau dan boleh disertakan dengan bau yang busuk. Kawasan persekitaran pula akan menunjukkan tanda-tanda inflamasi seperti kemerahan dan kegatalan.

Terdapat beberapa punca mengapa seseorang mempunyai keputihan yang tidak normal:

  • Tidak menjaga kebersihan kemaluan dan kawasan persekitaran
  • Melakukan seks rambang tanpa perlindungan; ini akan meningkatkan risiko mendapat penyakit kelamin
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Jangkitan bakteria atau yis

Jangan biarkan masalah keputihan menganggu kehidupan seharian anda. Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan.

Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar mengenai darah haid yang cair dan keputihan yang berbau kerana pemeriksaan lanjut perlu dibuat sebelum doktor dapat memberikan diagnosis yang tepat dan supaya rawatan sesuai dapat diberikan kepada anda.

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Nov 19 2020 06:59:26 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang keputihan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Pendarahan dan Cecair berwarna kuning Saya berumur 28thn dan baru berkahwin 2 bulan. Saya ingin bertanya, saya mengalami pendarahan sedikit(hanya sekali shj) selepas “bersama” dan faraj sering mengeluarkan cecair berwarna kuning(tid… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Zakar mengeluarkan cecair putih Saya berusia 30 tahun dan saya perasan baru baru ini ketika ingin membuang air kecil, ada cecair putih keluar pada kemaluab saya. Ianya tidak kerap tetapi sudah 2 atau 3 kali saya perasan yang a… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Lendiran coklat semasa period Hye dr, saya tiada masalah period sblum ni, tapi bulan lepas saya period tapi hanya keluar lendiran coklat dan telekat pada faraj, kadang2 ia keluar pada pad . Kenapa ya? Harini sudah masuk hari… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Keputihan wanita normal atau tidak Saya wanita. 22 tahun. Boleh doktor terangkan maksud keputihan tidak normal tu bagaimana? Baca lagi...
8 hari
Sulit
Cara merawat masalah keputihan saya berumur 19tahun. masalah yg saya hadapi ialah masalah keputihan yg berbau. saya rasa tidak selesa kita berdepan dengan orang ramai kerana bau yg agak tidak menyenangkan Baca lagi...
2 hari