
Sulit
5 tahun
Darah haid cepat habis
saya wanita berumur 21thn. haid saya sentiasa teratur setiap bulan & xpernah miss. tapi hari ke-3/4 darah dh berkurang. adakah ianya normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, darah haid berkurangan pada hari ketiga atau keempat adalah sesuatu yang normal. Namun, darah haid sikit boleh disebabkan oleh perkara lain seperti:
- Kehamilan - anda boleh membuat ujian air kencing 1-2 minggu selepas tarikh akhir bersetubuh
- Kesan pil perancang
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.