
liawany99
4 tahun
Darah haid tak lancar
Hai doktor saya remaja berumur 21 tahun…Darah haid saya selalu datang lambat dan saya terpaksa bagi haid itu turun dgn mengambil ubat lancar haid… Pernah sekali tu haid tak turun selama hampir 2 bulan tapi lepas saya makan ubat lancar haid baru dia keluar… Waktu first day keluar tu kekadang sikit jew beberapa tompok lepas beberapa hari itu hari haid keluar macam biasa… Adakah masalah saya ini ada hubungan dengan sesuatu penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang lewat dan tidak lancar. Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih