Sulit
4 tahun
Darah haid terlambat
Saya wanita umur 40 an,mengalami kelewatan haid selama 2 bulan,bila cek kesat kehamilan,hanya ada 1 garisan shj
Adakah saya hamil,sudah berbulan tidak priod,saya juga melakukan persetubuhan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid lewat selama 2 bulan. Anda juga telah mengambil ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan negatif. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, punca utama haid lewat dalam kalangan wanita yang masih subur adalah kehamilan. Namun, ada kalanya ia boleh disebabkan oleh masalah lain seperti :
- Stres
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid
- Penggunaan perancangan keluarga terutamanya suntikan perancang
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
- PCOS
- Fibroid atau polip rahim
- Menopause
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh dapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























