Sulit
3 tahun
Darah keluar 2hari sahaja
Saya ada melakukan hubungan selepas 3hari habis haid pada 20hb…ada mengambil pil postinor2 pada 21hb selepas 24jam bersama dan ambil lagi pil selepas 50jam…5hb seterusnya saya ada keluar darah selama 2hari…adakah ini kesan dari pil postinor atau saya hamil
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, postinor merupakan pil perancang kecemasan yang diambil setelah hubungan seks tidak terlindung bagi mengelakkan kehamilan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Bagi masalah keluar pendarahan, ianya merupakan antara kesan sampingan postinor yang sering berlaku dan kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Postinor akan berkesan jika anda telah mengambil mengikut waktunya iaitu pil pertama secepat yang mungkin setelah hubungan seks tidak terlindung dan dalam masa 72 jam dan pil yang kedua setelah 12 jam pil pertama diambil.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.