
Sulit
4 tahun
Darah keluar dari mulut tanpa batuk. Seperti darah beku
Hai dokto.Saya ibu 2 anak…umur 34 tahun. dah seminggu saya rasa darah keluar dari mulut tanpa batuk. Darah tu darah beku macam ketul2. Bila baring terasa seperti ada bnda kat tekak…bila ludah memang darah beku.
Bila terasa macam ada sesuatu di tekak, saya keluarlan mesti darah beku…bukan darah cair seperti kita luka tekak…kadang2 sampai jadi warna hitam pekat darah beku tu…kenapa ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab batuk berdarah. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
- Radang pada tekak menyebabkan lapisan tekak mudah terluka
- Jangkitan pada paru-paru
- Masalah darah cair
- Jangkitan tuberculosis
Batuk berdarah boleh dirawat dengan:
- Ubat batuk dan lozenges untuk meredakan batuk
- Antibiotik sekiranya terdapat jangkitan paru-paru berpunca daripada bakteria
- Rawatan menghentikan pendarahan jika terdapat masalah luka yang besar atau masalah darah cair
- Rawatan lain adalah lebih spesifik kepada punca yang lebih serius seperti rawatan pembedahan atau kemoterapi bagi kanser paru-paru
Untuk mengetahui punca batuk berdarah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Terima kasih.