aqilahkyla7
4 tahun
Darah keluar selepas sehari lebih buat hubungan sec
Sy period last month…dh smggu lebih or 9 hari abis period…then dua hari lepas sy have a sex and selepas tu…dlm tmpoh xsampai 48jam…keluar darah warna coklat merah…ke merah gelap sgt…mcm period first day…xbnyk sgt…then makin lama xsmpai 24jam…keluar bnyk smpai meleleh…rase basah…n agak laju flow dia…mupa xde rase sakit…lame2 dkt ari2 sy cramp and my breast berdenyut2…i sakit kpla…rase letih…kerap buang air…lesu sblom darah ni kuar lg…n my mood very sensitif…i just like baring n tido
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah pendarahan ketika bersama boleh disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya adalah:
- Haid normal
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Jangkitan kulat candidiasis - Penyakit ini biasa berlaku kepada para wanita, dan menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Fibroid - Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku dalam lapisan otot rahim. Hal ini biasanya berlaku dalam wanita selepas umur 30 tahun dan biasanya tidak membawa gejala. Apabila menunjukkan gejala, fibroid boleh mengakibatkan gejala seperti pendarahan yang banyak dan senggugut. Fibroid yang tumbuh di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti maklumat tentang latar belakang kesihatan anda. Pemeriksaan dan ujian yang selanjutnya juga diperlukan untuk mendapatkan pengesahan.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih

































