Anonymous
4 tahun
Darah nifas berlanjutan setelah berhenti dua minggu
saya baru melahirkan anak hampir dua bulan yang lepas(4/6/2019) pada hari ke 34 darah telah berhenti dan saya solat seperti biasa. Namun, hari ini saya mendapati darah berwarna kecoklatan keluar dalam jumlah yang agak banyak. Masih kah darah itu dikira sebagai darah nifas?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, darah coklat setelah waktu nifas (purata wanita nifas selama 6 minggu) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- darah lama
- ovulasi
- pil perancang
- jangkitan yis
- jangkitan bacterial vaginosis
- sexual transmitted disease (STD)
- peradangan pelvis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.