
Anonymous
2 tahun
Darah Nifas warna coklat
hai…saya baru bersalin ceaser,saya nak tanya lepas 14 hari darah saya sudah bertukar warna coklat,ada kah itu normal?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan puan, selepas 10 hari bersalin, darah nifas yang berlepas dari faraj akan bertukar menjadi seolah-olah seperti keputihan berwarna coklat ke kekuningan atau putih, dan ini dinamakan Lokia. Pelepasan Lokia ini boleh berterusan selama enam minggu, sehingga haid akan datang semula walaupun Puan tidak menyusu badan atau sedang menyusu badan. Jika pelepasan anda mempunyai kemunculan lokia, dan kemudian pendarahan muncul kembali, pendarahan ini dikira sebagai darah haid, dan tidak lagi sebagai darah nifas. Dan pendarahan ini, bukan lagi berkaitan dengan kehamilan.
Sekiranya anda memerlukan maklumat yang selanjutnya mengenai pendarahan tersebut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!