syirasyaheira96
3 tahun
Darah Period atau darah keguguran
Sy berumur 23 tahun… sy mengalami kelewatan period seminggu… 3 hari lepas sy buat prgnancytest… ia nya positif… pada awal pagi sy mengalami pendarahan seolah2 macam darah period… persoalan sy skrg sy mengalami keguguran atau period??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pendarahan tersebut sekiranya ia dalam bentuk spotting ia merupakan perkara normal pada awal kehamilan. Walaubagaimanapun, jika ia banyak, berketul-ketul, anda mengalami gejala seperti sakit pinggang, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengesahkan kandungan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.