firdaus850509

4 tahun

Darah Tinggi & Palpitation for Investigation

Saya lelaki berumur 34 tahun(2019) dan bekeluarga (2 orang anak).Saya mempunyai berat badan 114kg dan tinggi 1.73m (2018).
2018 saya telah melakukan ujian saringan kesihatan untuk proses mengerjakan haji di bawah Tabung Haji.Semua ujian normal (ECG, darah, dll.). Kecuali tekanan darah yang sedikit tinggi (pre-hp) pada bacaan diastolic 132/99. Ujian BP waktu pagi harian selama 5 hari telah dilakukan di klinik kesihatan dan didapati 3 hari daripada 5 hari tersebut menunjukkan bacaan diastolic tinggi (purata sistolic 130 keatas/diastolic 90 ke atas bawah 100). Doktor mengesahkan saya ada hypertension dan start makan ubat amlodipine 5mg dan telah mengerjakan haji dengan bekalan ubat tersebut. Saya masih meneruskan amlodipine 5mg sekali sehari dan amalkan makan ubat itu setiap petang/malam tanpa henti. Cuma setelah pulang mengerjakan haji, tiada lagi berjumpa doktor untuk susulan dan sesekali check BP = normal/pre-hp. Ubat sentiasa ambil namun dari beberapa klinik swasta. Tiada masa unuk senaman akibat kerja, namun makan macam biasa pagi, tengahari, petang dan sesekali malam.
2019 setelah setahun dengan amlodipine 5mg, suatu malam saya kena pening dan tiba-tiba panik/risau sekiranya darah tinggi naik, lalu terus ke Kecemasan Hospital. ditahan di zon kuning akibat tekanan tinggi 180/112 dan pulse rate juga tinggi. ECG normal, blood count normal. Discharge dengan note ‘to refer nearest klinik for the emergency case & diagosis’.Saya ke klinik swasta dan tekanan darah sedikit tinggi 140/96 selain masalah demam dan tonsil. Doktor memberi ubat tambahan dose amlodipine 10mg dan Perindopil 4mg untuk diambil harian selain antibiotik untuk tonsil amoxicillin & paracetamol. Setelah seminggu ambil ubat saya kerap didatangi perasaan jantung begup laju dan risau berkenaan penyakit darah tinggi yang saya hadapi sehingga mengganggu kerja harian. Akibatnya kerap ke kecemasan (bp high walau ambil ubat hari-hari) dan beberapa siri ecg dan darah diambil namun keputusan tetap normal. Akhirnya saya diadmit wad untuk young hypertension investigation dan palpitation investigation dengan beberapa siri ujian ultrasound (KUB Doppler), 24jam urin cortisol catecolamin, ujian darah, holter, echo, stress treadmill, OGDS, dll. Ubat amlodipine & perindopril telah stop atas arahan pakar perubatan dan telah di tukar dengan verapamil TDS 40mg 3 kali sehari (pagi, tghari, mlm).

Soalan:-

  1. Kenapa tiba-tiba darah boleh naik tinggi dan setelah bed resting 1 jam di kecemasan, boleh turun normal balik?
  2. Ubat Verapamil tu kena ambil 3x sehari seumur hidup ke macam amlodipine? Susah nanti bila tiba nak puasa ramadhan atau puasa sunat/nak puasa untuk turun berat badan esp. untuk dose tengahari?ada option lain?
  3. Saya dirujuk juga untuk temujanji dengan pakar psy untuk anxiety dan panic attack…tiada ubat, cuma kaunseling. Adakah darah naik dan berdebar disebabkan anxiety dan panic?
  4. Sekarang berat dah turun 94kg (2019) sebab sebab takut nak makan banyak dan selalu fikir pasal penyakit. OGDS ada pangastritis (on pantoprazole 40mg), echo normal, anxiety 14, depression 12, lain-lain masih pending next appointment. Saya pun masih keliru saya ni sakit apa sebenarnya? darah tinggi ke? jantung ke? pinggang ke?mental ke? gastrik ke?atau ada sakit lain? Saya buat ujian tekanan darah berkala di rumah bacaan normal range 117/68 ~ 126/84 pagi, tengahari,malam.Verapamil masih lagi on terus cuma kekerapan 3x sehari tu yang susah sikit. kalau dua kali ok sikit. Any suggestion?

Sukan masih mencari masa yang sesuai.
Makan pun sudah kontrol kuantiti. cuma nutrisi tu macam tak pasti sangat.
Stress slow slow tengah handle and manage.

Dr Ramzdhan,

4 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan dan soalan anda, untuk menjawab soalan anda:

  • Soalan 1 & 3 - Darah tinggi boleh disebabkan punca yang tidak diketahui (90% kes), keresahan, panik, aktiviti seperti naik turun tangga mahupun berjalan. Selain dari ubat-ubatan, terapi minda untuk menenagkan diri juga digalakkan untuk mengawal tekanan darah. Makanan pula ada lebih baik jika kurang gula, garam dan tidak berminyak sangat. Anda boleh melakukan senaman sekurang-kurangnya 15-20 sehari dirumah seperti senaman badan atau jika mempunyai treadmill, berjogging. Tekanan darah pada kebiasaannya akan menurun apabila seseorang itu kembali tenang dan ini adalah seperti yang anda lihat ketika beberapa jam berada dihospital.

  • Soalan 2 - Kuantiti dan dos seharian verapamil boleh diubah mengikut kesesuaian pesakit. Oleh itu, anda boleh menyatakan hasrat anda pada doktor atau ahli farmasi untuk menukar kuantiti dan dos yang bersesuaian jika anda ingin berpuasa

  • Soalan 4 - mengenai diagnosis penyakit lain yang berkemungkinan anda alami, pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan pada kebiasaannya akan menjumpai punca kepada masalah yang anda alami. Ramai yang beranggapan keresahan atau kemurungan bukan satu penyakit, namun ia adalah perkara yang perlu ditangani bersama-sama. Oleh itu, anda disarankan untuk mengikuti temujanji yang dibuat bersama doktor anda bagi mengenalpasti punca kepada keadaan yang anda alami. Sekian

blood-pressure-monitor-1749577_640%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)