Sulit
3 tahun
Datang bulan lewat 11 hari, badan letih
Saya wnita 24thn,pening dan mual di waktu 11pagu-12tghari sahaja… Upt negative… Apakah berlaku
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kondisi yang anda sedang alami.
Untuk mengetahui apa yang sedang berlaku kepada anda, kami perlu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai gejala yang anda alami dan gejala yang lain.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini adalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami haid yang lewat atau tidak teratur:
- Umur; kitaran haid boleh berubah-ubah terutama pada usia remaja dan ketika menghampiri menopaus
- Ketidakseimbangan hormon
- Gaya hidup: Tekanan atau stres, jadual kerja yang padat
- Sindrom polisistik ovari (Polycystic ovary syndrome/PCOS)
- Hamil (walaupun keputusan UPT anda negatif, ia tidak menolak kemungkinan yang anda sedang hamil)
Namun begitu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Jika anda mempunyai masalah lain, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi atas talian bersama doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.