Sulit
5 tahun
Datang haid tapi darah sedikit
Hai…saya nak tanya…saya mengambil perancang depo sudah setahun lebih saya tak datang haid tapi baru2 ni saya datang haid cume darah saya tidak banyak…saya dah 4 hari datang haid…hari pertama saja keluar darah haid,hari2 seterusnya tidak keluar darah haid…tapu bila saya periksa masih ade darah dalam saluran peranakan saya lagi…macam mana saya nak pastikan darah tu darah haid ke tak…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah haid.
Pada kebiasaanya, wanita akan mengalami haid yang tidak teratur dalam masa satu tahun setelah mengambil suntikan depo. Walaubagaimanapun terdapat juga situasi dimana haid berlaku setelah setahun suntikan depo. Untuk mengatakan darah tersebut adalah haid, biasanya:
- Darah berwarna coklat kemerahan
- Disertai senggugut
- Pendarahan sepanjang 3-5 hari
- Pendarahan biasanya ada ketulan darah beku
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Selain darah haid, pendarahan tidak teratur sbegini mungkin disebabkan oleh:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya pendarahan ini berterusan, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.




























