Sulit
3 tahun
Degupan jantung menjadi laju
Saya lelaki yang berumur 27 tahun. Jantung saya jadi cepat berdebar & terasa sakit sampai sekarang, nafas pon terasa pendek. Lately jadi takut bila bersendirian, even sebelum ni dari kecik sorang2 dkt rumah, tapi sekarang bila mak keluar je, saya jadi takut. Umur dh 27. Mmg tinggal berdua saja ngan mak… Saya baru putus cinta dalam 2 minggu. Keadaan akan jadi lebih teruk bila saya teringat kenangan lama … keadaan akan berulang setiap pagi bila bangun tidur & semasa ingin tidur.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah jantung berdebar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah jantung atau ritma jantung
- Sejurus selepas bersenam
- Masalah tiroid
- Penggunaan alkohol
- Masalah hormon
- Masalah keresahan atau serangan panik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.




























