
Sulit
4 tahun
Demam&batuk&selesema
Salam doktor…dah 2 hari demam tapi tapi tak berapa panas suhu dalam 37.0…semalam rasa macam batuk tapi dia tak rasa nak batuk sangat…itu sahaja …adakah perlu saya pergi check?selesema tu bangun pagi sebab sebelum nie memang selesema pagi sebab resdung atau masuk habuk…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Antara penyebab umum yang boleh menyebabkan sakit kepala, batuk dan demam adalah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- Demam denggi
- Malaria
- Penyakit kencing tikus
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.