
kimmystella32
3 tahun
Demam Berpanjangan Pada Waktu Malam
Salam sejahtera doctor, saya seorang lelaki berusia 27 tahun. Baru baru ini pada 4/6/2021 saya sudah menerima dos vaksin Covid-19 yang pertama. Selepas pada itu, saya kerap demam atau badan dedar dan kesejukan berpanjangan. Badan juga lenguh dan sakit urat. Lebih teruk lagi demam saya pada waktu malam dan ia sudah hampir seminggu lebih jadi macam ni walhal side effect vaksin mungkin dalam 1-2 hari saja. Bila saya makan painkiller, reda lah demamnya sementara tapi beberapa jam lepastu badan mula rasa dedar semula.
Saya nak tahu sama ada ini memang side effect vaksin atau saya ada penyakit lain yang saya patut risau.
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hi, terima kasih atas soalan tersebut.
Kami memahami kerisauan anda mengenai demam malam. Secara umumnya, demam malam mungkin disebabkan oleh beberapa penyakit di bawah:
- Jangkitan virus atau bakteria seperti penyakit tibi atau sinusitis. Jika anda dijangkiti tibi, anda berkemungkinan besar mengalami demam yang lebih teruk waktu malam, demam menggigil dan berpeluh-peluh, batuk berkahak serta keturunan berat badan. Tibi memerlukan rawatan dengan beberapa jenis ubat selama 6 hingga 12 bulan. Sinusitis adalah satu kemungkinan bagi simptom yang anda alami kerana penyakit ini boleh menyebabkan sakit sebelah kepala yang mungkin membawa sensasi pening. Rawatan yang dapat membantu ialah ubat antibiotik.
- Penyakit kelamin seperti HIV juga boleh menyebabkan demam berlarutan. Seseorang yang mengamalkan seks bebas dan hubungan kelamin tanpa perlindungan berisiko tinggi dijangkiti HIV. Rawatan yang berkesan ada tetapi berpanjangan.
- Penyakit autoimun seperti arthritis rheumatoid, systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD). Bagi penyakit-penyakit ini, anda berkemungkinan besar akan mengalami simptom-simptom lain seperti cirit, sakit sendi dan kemunculan ruam. Rawatan yang diberi biasanya adalah untuk mengawal sistem imun pesakit-pesakit yang terjejas.
- Kanser, contohnya limfoma dan leukemia. Jika terjejas, anda mungkin mengalami simptom seperti keturunan berat badan yang drastik, kemunculan benjolan dan lebam tanpa sebab, dan sebagainya. Rawatan yang diberi mungkin melibatkan radioterapi, kemoterapi dan pembedahan.
- Sebab demam yang lain seperti reaksi terhadap sesetengah ubat.
Mengenai kaitan demam malam dengan vaksin, sehingga kini tiada maklumat menyatakan kesan sampingan vaksin menyebabkan demam malam berpanjangan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.