ainnurrashidah

4 tahun

Demam Berulang, Batuk, bersin dan sakit tekak berterusan sehingga lima minggu

Saya seorang wanita berusia 23 tahun. Saya merupakan seorang pelajar yang sedang menjalani latihan industri di sebuah kilang di Kluang. Saya mula mengalami demam 5 Febuari 2020. Latihan industri saya bermula dari 3 Febuari 2020. Pada minggu pertama latihan industri saya terpaksa berulang balik dari Batu Pahat ke Kluang dari 3 Febuari 2020 hingga 8 Febuari 2020. Pada minggu kedua, 10 Febuari saya berangkat dari Batu Pahat sebelum Subuh. Saya menyewa bilik di Kluang dan tidur di sana untuk malamnya. 11 Febuari 2020, majikan saya mengarahkan saya rehat di rumah hingga sembuh. Saya telah pergi ke Klinik Kesihatan Batu Pahat pada tarikh yang sama. Keputusan darah saya adalah normal. Saya berehat di rumah sehingga 16 Febuari 2020. Pada 17 Febuari saya pergi ke tempat kerja semula kerana didapati tidak demam. Akan tetapi pada waktu malam sewaktu saya di bilik sewa suhu badan saya naik mendadak secara tiba tiba. Saya juga berpeluh pada waktu malam. Saya juga mula batuk batuk. Saya tidur di bilik sewa sehingga 25 Febuari 2020. Pada 26 Febuari 2020, saya mengambil keputusan untuk mengambil cuti untuk pergi ke hospital swasta di Kluang. Di hospital tersebut, saya telah menjalani xray dan doktor telah menjelaskan kepada saya bahawa didapati kuman di dalam keputusan xray. Doktor memberikan ubat demam, antibiotik dan batuk.Doktor memberikan surat cuti dan saya berehat di rumah di batu pahat sehingga 29 Febuari 2020. Saya mula bekerja semula pada 2 Mac 2020. Pada 3 Mac 2020 saya pergi ke hospital kerajaan di Kluang pada waktu malam. Doktor tiada menyatakan apa apa drpd keputusan darah saya. Beliau memberi dua jenis ubat antibiotik, demam dan batuk. Sakit tekak saya berterusan sehingga sekarang. Saya juga mengalami selsema pada masa masa tertentu. Pada 2 Mac juga, saya perasan ada di antara rakan rakan pekerja saya mengalami gejala demam dan selsema.

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Melalui penerangan di atas saya dapati anda mengalami gejala demam berpanjangan serta batuk. Anda telah pergi ke hospital sebelum ini dan disahkan bahawa terdapat jangkitan kuman melalui X-ray. Saya mengandaikan ini adalah jangkitan pada paru-paru. Pihak hospital telah memberikan rawatan ubat kepada anda untuk masalah ini. Namun begitu, anda sekali lagi pergi ke hospital namun ujian mendapati tiada masalah dengan anda dan dibenarkan pulang dengan ubat-ubatan. Selain itu anda juga mengalami gejala sakit tekak dan selesema sehingga sekarang.

Saya memahami kerisauan anda tentang kesihatan anda kerana anda telah mengalami sakit ini dalam tempoh yang agak lama. Namun begitu, saya kurang pasti dengan soalan yang ingin anda ajukan.

Nasihat saya, ambil air dengan kerap serta rehat yang mencukupi. Sekiranya gejala yang anda alami bertersusan, sila pergi berjumpa dengan doktor.

Selain itu, oleh kerana wabak coronavirus sedang berluasan sekarang, amat digalakkan untuk orang umun mengamalkan amalan pencegahan. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air.

  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.

  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus

  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang

  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna

  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah

  • Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

penyakit-GERD-dan-kanser-esofagus

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)