Sulit

3 tahun

Demam denggi on off hampir sebulan

Saya lelaki 29 tahun, pada awal bulan october 7hb saya mengalami demam panas tapi tidak tinggi, dan pada 12hb isnin saya pergi ke klinik kesihatan berdekatan, saya disyaki mengalami demam denggi dan dikehendaki ambil darah setiap hari, selama seminggu pada 12hb oct hingga 16hb oct untuk pemantauwan doctor. Saya dikehendaki datang semula ambil darah pada hari isnin 19hb oct. Pada 17hb oct sabtu saya tidak mengalami demam dah badan rasa sihat dari sakit demam denggi, simptom2 lain seperti loya tidak rasa pada hari tu. Pada hari isnin itu saya tidak hadir ke Klinik kesihatan kerana berada diluar kawasan. Selama seminggu saya sihat normal. Akan tetapi pada 24hb oct sabtu saya rasa sakit2 sendi dan pada hari ahad 25hb oct saya merasa badan demam tp tidak tinggi suhu, isnin 26hb dan selasa 27hb saya demam dan loya2 di waktu pagi, dan pada hari rabu 28hb saya kembali semula ke klinik kesihatan untuk berjumpa doctor, disitu doctor mengesahkan saya mengalami demam denggi selepas membuat test denggi. Pada hari jumaat 30hb saya dikehendaki ambil darah dah doctor buat pemeriksaan biasa dan mengesahkan saya sudah ok dan tak perlu lagi datang. Ok selepas dari hari tu sehingga semalam selama seminggu saya sihat, tetapi pagi tadi bila bangun pagi badan rasa tidak sedap seperti hari2 sebelum ni. Bila petang kaki dan tangan saya rasa sejuk dan perut jadi tidak selesa, saya terkentut dan sendawa bila makan sesuatu, bila minum air akan sendawa keluar angin. Pada malam saya rasa badan demam tp tidak tinggi suhu. Soalan saya adakah virus denggi tu still ada dalam badan? Dan kenapa demam on off seminggu ok seminggu datang semula? Berapa lamakah tempoh sembuh denggi ini? Pada makluman doctor saya pernah kena denggi pada tahun 2015 pertama kali dan dimasukan hospital, tapi denggi kedua ni tidak seteruk denggi yang saya kena pada 2015 itu. Mohon pencerahan doctor

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak tuan. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak tuan.

Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah demam adalah sangat umun dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Jangkitan bakteria (i.e. Shigella, Salmonella, E.Coli, Clostridium, dll.)
  • Jangkitan virus (i.e. Covid19, H1N1, MERS, Denggi, RSV, dll)
  • Jangkitan parasit (i.e. Malaria, dll)
  • Demam denggi
  • Demam tifoid
  • Allergic Rhinitis
  • Keradangan

Secara umumnya deman boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu ke hospital (namun tetap harus berdasarkan SOP PKPB). Sekiranya boleh sembuh sendiri, ia berkemungkinan disebabkan jangkitan virus atau bakteria biasa (baca: RSV, Shigella, Salmonella, E.Coli, Clostridium, dll ). Demam akan kebah selepas makan ubat paracetamol, berehat dan minum air yang banyak. Namun begitu, sekiranya demam anda berlarutan atau semakin teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.

Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!

Umumnya, virus denggi akan menyebabkan demam naik turun (baca: biphasic & triphasic fever) , sejauh mana demam itu akan berterusan adalah tergantung pada setiap individu. Virus akan kekal didalam tubuh agak lama (bulan hingga tahun), namun apabila sistem imun tubuh kita sudah dapat bertindak, virus tersebut tidak dapat lagi mengganggu tubuh kita.

Sila menghubungi pihak klinik atau hospital segera sekiranya anda mengalami yang sekian:

  • Demam (lebih dari 37.5 celcius)
  • Lemah badan / lesu
  • Pitam / pengsan
  • Pening kepala
  • Sesak nafas
  • Sakit badan
  • Berpeluh di malam hari
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Selsema

Akhir sekali, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.

penyakit%20h1n1%201

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)