nhdeyla
3 tahun
Demam on off hampir 2 minggu, sejik menggigil, batuk, masih tak kebah
Mak saya berusia 50an, mengalami demam on off hampir 2 minggu, batuk juga. Suhu terkini 38.1 celcius. Ada masanya sejuk menggigil, lepas makan ubat ok sekejap, berpeluh. Tak lama lepas tu kembali menggigil. Sudah pergi 2 klinik, masih belum sembuh. Musim raya ni klinik masih tutup, adakah saya perlu membawa ibu saya ke emergency hospital?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, demam boleh disebabkan oleh banyak punca. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
- Abses
- Penyakit denggi
- Penyakit malaria
- Penyakit kencing tikus
Sekiranya pemerhatian anda mendapati kesihatan ibu anda semakin merosot, maka wajarlah tindakan untuk anda membawanya ke hospital terdekat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.