Sulit
3 tahun
Demam sekejap sekejap 2 3 hari ni
Saya berumur 18 tahun saya tolong ayah saya jaga kedai dan tempat tu terdedah kepada orang ramai jadi semenjak dua menjak ini saya mengalami demam yang kadang² panas badan saya kadang² reda d
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, saya kurang pasti dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, masalah demam ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang, saya nasihatkan untuk anda
- Banyakkan berehat
- Minum air kosong secukupnya
- Ambil ubat paracetamol untuk mengawal gejala anda
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.