Sulit
4 tahun
Demam tetapi suhu normal
Saya wanita berumur 40 tahun, saya seperti ada gejala demam, tapi cek suhu normal, tiada batuk, tiada selesema, tapi terasa bahang panas, mulut, tangan seperti bahang panas (demam).kenapa ye doktor. terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang gejala panas badan yang anda alami. Sebetulnya keluhan anda bahawa panas adalah subjektif kerana suhu tubuh harus diukur menggunakan termometer. Suhu tubuh melebih 37.5 boleh dikatakan demam. Antara punca badan panas ialah:
- hormon tiroid berlebihan
- sindrom premenstrual
- obesiti
- menopause
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.