zakryzain3
4 tahun
Demam Virus Baby 5 Month
Hi doc… baby sy 5 bulan dan sudah 7 hari demam on off… sy dah ke Hospital utk ujian darah…keputusan darah semua ok cuma doc cakap judt demam virus… utk bayi 5 bulan doc cakap ubat2 memang x boleh diberikan sbb bayi baru 5 bulan termasuk PCM… soalan sy brp lama utk bayi sy sembuh sepenuhnya sbb still demam on off…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, ujian darah sangat membantu dalam mencari punca bagi sakit demam. Namun, terdapat punca-punca lain yang perlu diketahui seperti:
- Jangkitan kuman atau virus dalam badan
- Deman denggi
- Kencing tikus
- Malaria
- Jangkitan paru-paru
Jangka masa untuk seseorang itu sembuh adalah bergantung kepada punca demam yakni jenis virus ataupun bakteria, tahap immuniti badan seseorang serta bergantung kepada kesihatan am sama ada pesakit ada masalah kesihatan yang lain ataupun tidak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.