Anonymous
6 tahun
Depo vs pill perancang keluarga
Saya tidak menyambung menyuntik depo Dan period saya tidak datang seperti biasa, ada 2 3 hari dalam sebulan sahaja. Boleh ke saya mengambil pil perancang keluarga walaupun tidak period untuk mengelak kehamilan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, suntikan depo akan berada dalam badan anda selama 15 minggu setelah anda suntik. Biasanya, anda akan mendapatkan suntikan seterusnya pada 3 bulan (12 minggu) setelah disuntik. Memandangkan kali ini anda mahu bertukar dari suntikan kepada pil perancang, anda boleh mulai mengambil pil perancang pada tarikh anda sepatutnya mendapat suntikan seterusnya (12 minggu setelah suntikan terakhir).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































