
Sulit
4 tahun
Diagnos sebagai Young Hypertension dan selalu melakukan aktiviti fizikal
Hello Doktor. Saya baru-baru diberikan preskripsi 10mg Amlodipine kerana saya telah didiagnos sebagai Young Hypertension di klinik kesihatan kerajaan. Sejak tahun lalu, saya telah melakukan Home Blood Pressure tiga kali sehari. Namun begitu, bacaanya masih dalam lingkungan 160-180 (systolic) dan 80-90 (diastolic). Saya tidak pernah minum dan tidak pernah merokok. Berat sekarang 90kg dan tinggi saya ialah 75kg. Saya telah melakukan aktiviti fizikal seperti berlari, marathon, berenang, tabata dan zumba setiap hari dalam seminggu. Namun, bacaan masih seperti dalam lingkungan tersebut. Doktor juga telah memeriksa tiroid, creatinine, sodium dan buah pinggang serta melakukan ECG, tiada apa-apa yang tidak normal. Semuanya normal. Sekiranya saya mengalami stress, saya akan mencuba membuat panggilan kepada Ahli Psikologi Klinikal. Tetapi saya dapat merasakan bahawa darah tinggi ini bukan disebabkan oleh stress kerana saya mampu mengawal stress tersebut. Saya menjaga kualiti tidur dan rehat yang mencukupi iaitu tidur pada pukul 11 mlm dan bangun pada pukul 6 pagi. Setelah makan Amlodipine, bacaan systolic adalah 126-140 dan diastolic 69-80. Adakah cara lain yang mampu menurunkan darah tinggi ini? Apalah faktor lain yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah darah tinggi yang anda hadapi. Untuk makluman anda, cara untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi/ hipertensi adalah seperti berikut:
Perubahan gaya hidup banyak membantu dalam mengawal tekanan darah tinggi. Anda disyorkan untuk mengurangkan garam dalam masakan, bersenam secara berdisiplin dan mengekalkan berat badan yang sihat. Bagaimanapun, tahniah kerana anda tidak pernah merokok, hal ini membantu dalam mengawal tekanan darah anda.
Tetapi perubahan gaya hidup sahaja mungkin tidak mencukupi untuk mengawal tekanan darah malahan doktor anda akan mengesyorkan pengambilan ubat- ubatan bagi kawalan yang optimum.
Sasaran tekanan darah setiap individu berbeza bergantung kepada tahap kesihatan dan umur:
- Walaupun 120/80 mm Hg atau lebih rendah adalah matlamat untuk mendapat tekanan darah yang ideal, ia masih sukar bagi pesakit hipertensi untuk mencapai tahap itu.
- Kurang dari 150 / 90 mm Hg: Jika anda seorang dewasa yang sihat dan berusia 60 tahun atau lebih tua.
- Kurang dari 140 / 90 mm Hg: Jika anda seorang dewasa yang sihat lebih muda dan berumur kurang daripada 60 tahun.
- Kurang dari 140 / 90 mm Hg: Jika anda mempunyai penyakit buah pinggang kronik, kencing manis atau penyakit arteri koronari atau mempunyai risiko untuk mengidap penyakit arteri koronari.
Sekiranya anda berumur 60 tahun ke atas dan penggunaan ubat-ubatan menyebabakan tekanan darah sistolik yang lebih rendah dari biasa (kurang daripada 140 mm Hg), rawatan anda tidak perlu diubah kecuali jika ia menyebabkan kesan negatif kepada kualiti kehidupan seharian anda.
Jenis ubat tekanan darah tinggi pilihan akan bergantung kepada pengukuran tekanan darah dan sebarang masalah kesihatan anda yang lain.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih