Anonymous
6 tahun
Disahkan mempunyai HSV-1
Assalam, baru-baru ini saya sengaja melakukan ujian STD. Daripada keputusan yang diperolehi, DR. kata HSV-1 saya amat tinggi. Saya buat di klinik swasta.
Dia ada mencadangkan saya mengambil suntikan. Tetapi saya tidak faham tentang masalah ini.
Apa cadangan DoctorOnCall kepada saya? Saya amat buntu.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, virus HSV bermaksud Herpes Simplex Virus. Virus ini pada kebiasaannya boleh menyebabkan seleselam ataupun kegatalan pada bahagian kemaluan. Suntikan yang dimaksudkan oleh doktor anda mungkin suntikan untuk melawan virus tersebut. Virus ini tidak membahayakan kesihatan namun sekiranya anda hamil ianya boleh membahayakan kandungan anda apabila proses bersalin nanti sekiranya terdapat jangkitan dibahagian kelamin anda.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































