Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Eczema. Kulit sensitive

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: September 5, 2020 3:25 AM

Sulit 50 hari

Saya wanita dalam 20’an. Saya mempunyai masalah penyakit eczema. Eczema saya di bahagian tapak tgn, siku, leher sometimes di muka. Jadi saya nak minta pendapat vitaman apa yg sesuai saya amalkan utk mengawal eczema? Saya juga menyusukan anak berumur 6bulan.

Dr Sashini Seeni 50 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Untuk pengetahuan anda, ekzema boleh berlaku di mana-mana pada badan anda dan semua orang, tidak kira usia boleh menghidapinya.

Simptom yang paling ketara adalah kegatalan pada kulit yang terjejas. Kegatalan selalunya mendahului ruam yang akan terbentuk. Ruam ekzema selalunya dilihat pada kawasan muka, belakang lutut, pergelangan tangan, tangan dan kaki. Ekzema boleh juga berlaku di tempat lain.

Tempat terjejas selalunya akan menjadi sangat kering, tebal, atau rasa bersisik. Pada kulit yang cerah, tempat terjejas akan menjadi merah dan lama kelamaan akan menjadi perang.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan ekzema suar kembali. Antaranya, cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk, pendedahan kulit pada bahan kimia tertentu dalam sabun mandi atau sabun pencuci. Ekzema juga boleh dicetuskan jika anda demam atau batuk.

Adalah dinasihatkan untuk pesakit selalu melembapkan kulit mereka dengan losyen atau emollients. Gunakan ‘cold compact’ jika anda tidak tahan gatal. Doktor anda boleh memberi anda preskripsi untuk krim atau ubat makan.

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan bahawa keadaan anda sememangnya ekzema boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan boleh dibuat. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).

Dikemaskini pada: Sat Sep 05 2020 03:25:05 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kulit tentang ekzema secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Razi
Anak saya umur 5 bulan, menghidap ekzema hi doktor…sy nk bertanya berkenaan dgn anak sy…ank sy brumur 5bln…dye menghidap ekzema…blh ke sy pkai untuk bAyi y mempunyai penyakit ekzema? Baca lagi...
22 bulan
Vince
Adakah orang dewasa boleh terkena ekzema Hai doktor, Adakah org dewasa boleh terkena ekzema?ekzema boleh kena dekat celah2 tempat sulit ke? Baca lagi...
22 bulan
ismanorfahmi
Eczema di tapak kaki dan pergelangan buku lali Saya mengalami exzema di tapak kaki dan pergelangan buku lali kaki kiri dan pernah mencuba ubat Cap Kaki Tiga, ianya menjadi lebih teruk. Kemudian semasa di Bucharest, Romania, saya ada membeli Diprog… Baca lagi...
15 bulan
Anonymous
Ekzema pada kaki saya saya wanita 20 an. saya menghadapi ekzema yang teruk pada bahagian kaki sehingga mengganggu aktiviti harian dan kerja saya… sehingga sukar berjalan akibat terlalu sakit. saya rawatan pakar skin dah be… Baca lagi...
16 bulan
Hidayat
Roomate ada ekzema, bolehkah saya berjangkit? Salam doktor, roomate saya ada penyakit ekzema. kulit dia merah2. Bolehkan saya berjangkit dengan dia? Risau lah doktor. Baca lagi...
22 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!