Sulit
3 tahun
Ejakulasi tanpa penetrasi
sy lelaki umur 27 tahun. tengah hari tadi sy & teman wanita terlanjur berasmara tanpa menyentuh zakar ke kemaluan teman wanita saya. tetapi saya telah menumpahkan air mani ke belakang beliau. yg merisaukan saya adakah kemungkinan untuk beliau hamil kerana selepas pancutan tu saya panik kemudian terus lap air mani menggunakan tangan saya. kemudian menyuruh beliau ke tandas untuk membilas. sy risau jikalau beliau ada menyentuh air mani sy di tangannya kemudian bilas dengan air tanpa menggunakan sabun. adakah sperma masih aktif waktu itu? kerana selepas saja bilas tangan guna air, beliau terus membilas kemaluannya…saya berharap dapat jawapan dari Doktor…kerana 1 ikhtiar yg sy ingin lakukan adalah memberikan dia ubat pencegah kehamilan emergency, tetapi sy risau ada kesan lain kerana teman wanita saya masih dara…tolong doktor
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jika anda seorang muslim, diingatkan bahawa perbuatan anda adalah salah di sisi agama dan sangat berpotensi tinggi untuk terjadinya kehamilan diluar nikah walaupun tidak menyentuh alat kelamin mahupun berlaku penetrasi yang sempurna. Saya berharap agar anda agar tidak mengulanginya dan cuba mencari jalan bagi menjauhi tabiat tersebut di masa akan datang.
Bagi mengenalpasti kondisi rahim pihak wanita, beliau dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau melakukan ujian kehamilan UPT dengan cara yang betul.
Antara tanda dan gejala awal kehamilan termasuk:
- Haid terlambat
- Mual, muntah & mengidam
- Cepat letih & mengantuk
- Sakit atau pening kepala
- Lebih kerap buang air kecil
- Cairan keluar dari kelamin
- Suhu tubuh meningkat
- Kejang perut
- Sering berdebar
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah